Seorang pegawai, lima anggota polis ditahan dalam parti liar

 Seorang pegawai, lima anggota polis ditahan dalam parti liar

IPOH, 26, Feb — Seorang pegawai dan lima anggota polis lelaki antara 14 individu yang ditahan dalam serbuan parti liar di sebuah pangsapuri di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak ekoran maklumat yang diterima berhubung satu parti liar kira-kira 1.30 pagi.

ā€œSemua tangkapan berusia 20 hingga 50 tahun itu turut melibatkan lima wanita tempatan dan tiga wanita warga Indonesia,ā€ katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas kesemua tangkapan mendapati pegawai polis dan empat lagi anggota polis dari polis kontinjen Perak itu positif dadah manakala seorangĀ lagiĀ anggota negatif dadah.

Katanya ujian saringan air kencing ke atas lima wanita tempatan dan dua lagi wanita IndonesiaĀ itu turut mendapati mereka positif dadah manakala seorang lagi wanita warga asing itu negatif dadah.

ā€œBagaimanapun tiada bekalan dadah ditemukanĀ ketika serbuan dan mereka kini direman selama empat hari sehingga 1 Mac iniĀ bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

ā€œPegawai dan anggota polis diberi amaran supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan dadah dan mulai hari ini tindakan lebih tegas tanpa kompromiĀ akan dikenakan kepada mereka yang terlibat dengan dadah,ā€ katanya.

Dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata 20Ā bungkusan plastik serbuk teh yang 17 daripada bungkusanĀ itu disyaki mengandungi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 17.5 kilogram (kg) ditemukanĀ terapung di laut perairan Pulau Pangkor, LumutĀ pagi semalam.

Menurutnya, bungkusan itu ditemukanĀ oleh seorang nelayan tempatan dalam sebuah guni kira-kiraĀ 9.45 pagi sebelum dia menghubungi dan menyerahkan guni itu kepada pihak polis.

ā€œTiga lagi bungkusan telah rosak dimasuki air dan tidak berisi dan nilai keseluruhan dadah yang dirampas itu bernilai RM700,000,ā€ katanya.

Bagaimanapun katanya tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung penemuan dadah itu setakat ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

84  −  83  =