Seorang MP dari Sabah bakal dituduh salah guna kuasa di Mahkamah Sesyen KL esok

 Seorang MP dari Sabah bakal dituduh salah guna kuasa di Mahkamah Sesyen KL esok

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Seorang ahli Parlimen bakal dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), 9 pagi esok kerana disyaki terlibat dalam salah guna kuasa.

Sumber memberitahu Wacana.my, pertuduhan itu membabitkan pemimpin dari sebuah parti politik di Sabah.

Difahamkan, ahli politik berkenaan disyaki menggunakan kedudukannya untuk membuat keputusan bersama meluluskan pelantikan seorang kontraktor bagi menjalankan projek di salah sebuah pelabuhan di negeri berkenaan.

Menurut sumber itu, kontraktor yang dilantik itu disyaki mempunyai kepentingan dengan ahli politik berkenaan.

“Pertuduhan akan dilakukan mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 kerana salah guna kuasa,” katanya hari ini.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *