• Thursday, 17 June 2021, 2:11 pm

Seorang maut, lima cedera kemalangan di AKLEH

 Seorang maut, lima cedera kemalangan di AKLEH

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera dalam sebuah kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Lebuhraya Bertingkat AKLEH petang tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihak Bomba tiba di tempat kejadian jam 6.30 petang.

Menurut Komander Operasi, PBK ll Zulhafizzi Fauzi, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 6.02 minit petang namun kelewatan tiba dilokasi berlaku akibat kesesakan jalan raya susulan kemalangan tersebut.

“Kerja-kerja menyelamat selesai sejam selepas operasi bermula,” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Menurutnya kemalangan yang melibatkan 5 buah kenderaan jenis Proton Saga, Proton Bezza, Hyundai, Proton Myvi dan Toyota Hilux.

“Seorang mangsa berusia 55 tahun telah meninggal dunia dan disahkan oleh pihak KKM,”

Kesemua mangsa yang tercedera telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak Bomba tiba ke lokasi kejadian.

“Tiga orang mangsa telah dibawa ke Hospital Ampang menggunakan ambulan KKM, manakala dua orang mangsa lain dibawa oleh orang awam menggunakan kenderaan sendiri,” katanya.

Pihak Bomba telah membuat kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak dan sisa kemalangan yang berpunca daripada kemalangan tersebut dengan dibantu oleh pekerja AKLEH menggunakan satu aliran salur bantu mula dan serbuk kayu.

Anggota bertugas turut melakukan sanitasi pada anggota dilokasi.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *