Sentiasa ada ruang untuk Ronaldo di United

 Sentiasa ada ruang untuk Ronaldo di United

Desas-desus perpindahan Ronaldo semakin hangat diperkatakan setelah Pengurus Juventus mengesahkan Ronaldo ingin berpindah

MANCHESTER, 28 Ogos — Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer merayu kepada Cristiano Ronaldo ‘jangan pergi ke City, kembali ke Manchester United’.

Memuji pemain berusia 36 tahun itu sebagai terhebat sepanjang zaman, bos Red Devils itu berkata, jika pemain itu mahu berhijrah ‘kami ada di sini’.

Dan Solskjaer berkata bahawa Bruno Fernandes juga sudah memujuk rakan sepasukan Portugal itu untuk berhijrah ke Old Trafford.

Pengendali Man Utd itu memberitahu wartawan: “Saya tidak rasa Cristiano akan meninggalkan Juventus.

“Tapi jika dia mahu berhijrah dari Juventus, dia tahu kami ada di sini.

“Kami sentiasa ada komunikasi yang bagus, Bruno juga sudah bercakap dengannya. Dia tahu apa perasaan kami terhadapnya.

“Dia adalah legenda di kelab ini, pemain terhebat sepanjang zaman jika anda bertanya kepada saya.

“Jadi kita akan lihat apa yang akan terjadi kepadanya.” katanya.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  4  =  6