• Sunday, 20 June 2021, 9:43 am

Senja PKPD: Pulau Ular surut

 Senja PKPD: Pulau Ular surut

LABUAN, 11 Jun — Pemandangan waktu di kawasan Pulau Layang-Layangan atau lebih dikenali sebagai ‘Pulau Ular’ di kalangan penduduk setempat ketika tinjauan hari ni. Pada musim surut besar begini, kawasan ini kebiasaanya agak sibuk dengan aktiviti penduduk mencari kepah serta ikan kecil sambil beriadah bersama keluarga menikmati pemandangan senja, namun kini kelihatan sunyi dan sepi susulan Labuan masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 24 Jun ini. Pelaksanaan PKPD adalah untuk mengawal pergerakan penduduk di kesemua kawasan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 di wilayah itu. Dalam tempoh 24 jam lepas, Labuan merekodkan 106 kes baharu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 kini sebanyak 5, 458. Sehubungan itu masyarakat diminta agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD untuk berada di kediaman masing-masing bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini. –fotoBERNAMA

LABUAN, 11 Jun — Pemandangan waktu di kawasan Pulau Layang-Layangan atau lebih dikenali sebagai ‘Pulau Ular’ di kalangan penduduk setempat ketika tinjauan semalam.

Pada musim surut besar begini, kawasan ini kebiasaanya agak sibuk dengan aktiviti penduduk mencari kepah serta ikan kecil sambil beriadah bersama keluarga menikmati pemandangan senja, namun kini kelihatan sunyi dan sepi susulan Labuan masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 24 Jun ini.

Pada musim surut besar begini, kawasan ini kebiasaanya agak sibuk dengan aktiviti penduduk mencari kepah serta ikan kecil sambil beriadah bersama keluarga menikmati pemandangan senja, namun kini kelihatan sunyi dan sepi susulan Labuan masih dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 24 Jun ini. FotoBERNAMA (2021) 

Pelaksanaan PKPD adalah untuk mengawal pergerakan penduduk di kesemua kawasan seterusnya mengekang penularan jangkitan COVID-19 di wilayah itu.

Dalam tempoh 24 jam lepas, Labuan merekodkan 106 kes baharu menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 kini sebanyak 5, 458.
Sehubungan itu masyarakat diminta agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKPD untuk berada di kediaman masing-masing bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *