Semua pihak perlu bersatu jayakan Pelan Pemulihan Negara – Faizal Azumu

 Semua pihak perlu bersatu jayakan Pelan Pemulihan Negara – Faizal Azumu

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

KUALA LUMPUR, 24 Jun — Kerajaan hari ini sudah ada Pelan Pemulihan Negara yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lalu.

Menurut Timbalan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, apabila sudah ada pelan dan perancangan, semua pihak harus pastikan ia menjadi kenyataan.

“Jika tidak ada sokongan dari semua, rakyat, ahli parlimen kerajaan, pembangkang, NGO, pakar perubatan, penjawat awam dan sebagainya, tentu pelan tersebut tidak akan berjaya.

Dimana jua pun dalam dunia itulah hakikatnya, jika kerajaan menyatakan pendapat A contohnya dan rakyat berpendapat B, tidak ada pelan atau perancangaan yang akan berjaya,” ketika ketika program Bicara Naratif di RTM semalam.

Tambah Ahmad Faizal, untuk melawan COVID-19 ia bukan usaha kerajaan semata-mata tetapi tanggungjawab semua pihak.

Mengambil contoh kejadian di Kampung Dato’ Ahmad Said dan Kampung Sungai Tapah Perak, Ahmad Fazial yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata kes positif COVID-19 meningkat disana selepas cuti Aidilfitri Mei lalu.

” Situasi ini telah menyusahkan org ramai dalam urusan harian apabila seluruh kawasan tersebut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Ahmad Faizal berkata apa yang rakyat perlu faham ialah keadaan pandemik ini telah menjadi endemik.

“Ia telah berada didalam kehidupan kita,  Kita perlu belajar hidup dengan COVID-19, kita kena teruskan kehidupan dengan mengikuti nasihat untuk patuhi SOP norma baru,” tegasnya.

Berkenaan perbalahan rakyat yang mempersoalkan mengapa kerajaan benarkan kilang dibuka dan kalau menurun kes mungkin akan buka sektor lain, itu semua bukan perkara yang perlu diperdebatkan, yang penting rakyat patuh nasihat pakar kesihatan utk ikut SOP.

“Ramai memberi komen tentang pandemik bercakap tentang kesihatan, marah dengan kerajaan tetapi mereka pada waktu yang sama mereka masih merokok, tidak jaga kesihatan diri.

Sama juga topik ekonomi, mereka memberi komen seperti pakar ekonomi tetapi mereka tidak menghentikan perbelanjaan yang tidak menguntungkan kepada mereka,” katanya.

Ahmad Faizal menasihati rakyat perlu faham apakah keutamaan yang perlu ada dalam diri semua.

Mengakui rakyat marah apabila keputusan itu tidak menepati rakyat, Ahmad Faizal berkata beliau faham apabila kerajaan hendak membuat sesuatu perkara, keputusan itu berlandaskan data dan maklumat yang dikumpul, dibentangkan di mesyuarat.

“Data serta maklumat ini sentiasa berubah-ubah, Kita tidak ada manual operasi untuk COVID-19 jadi tentunya ada keputusannya tidak tepat,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4  +  6  =