Semua ini fitnah, tidak benar – Nora Ariffin

 Semua ini fitnah, tidak benar – Nora Ariffin

PETALING JAYA : “Astagfirulllahalazim… Semua ini fitnah, tidak benar. Ini saja kenyataan dari saya”.

Demikian kenyataan yang diberikan oleh penyanyi Datuk Nora Ariffin menafikan segala tuduhan dan fitnah yang mendakwa dia dan suami, Dr Rushdi Ramli sudah berkahwin sejak dua tahun lalu. 

Mengumumkan mengenai perkahwinannya beberapa hari lalu, timbul desas desus mendakwa Nora meminta suaminya itu menceraikan isteri pertama. 

Nora menerusi satu kiriman WhatsApp kepada media berkata, segala tohmahan yang tular di media sosial adalah tidak benar dan fitnah. 

Terdahulu, Nora dikatakan menyembunyikan tarikh sebenar pernikahannya dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul, Universiti Malaya yang difahamkan sudah berlaku hampir dua tahun. 

Beberapa hari selepas berkongsi berita perkahwinannya, tular paparan mesej mengatakan Nora meminta suaminya menceraikan isteri pertama sebelum bernikah dengannya.

Nora memaklumkan dia selamat mendirikan rumah tangga dengan kawan baik arwah suaminya, Allahyarham Johan Nawawi dalam satu majlis tertutup baru-baru ini menerusi paparan di Instagram.

Perkahwinan itu sekali gus menutup gosip kononnya dia pernah bernikah dengan seorang menteri seperti yang tular di media sosial sebelum ini. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3  +  3  =