Sembuh COVID-19, tak jangkit semula selama 6 bulan?

 Sembuh COVID-19, tak jangkit semula selama 6 bulan?

CNA melaporkan, hampir semua pesakit COVID-19 yang telah sembuh mempunyai tahap antibodi yang tinggi selama lebih enam bulan, menurut satu kajian di United Kingdom. Ini kemungkinan dapat membantu melindungi mereka daripada dijangkiti semula wabak tersebut dalam jangkamasa itu.

Menurut Naomi Allen, profesor dan ketua saintis UK Biobank: “Ini dapat dilihat di dalam majoriti kes yang kami selidik. Antibodi dapat dikesan sehingga lebih dari enam bulan selepas pesakit yang telah sembuh.”

Dikalangan peserta yang mengambil bahagian di dalam kajian tersebut, 99 peratus mempunyai tahap antibodi SARS-CoV-2 selepas 3 bulan. Selepas enam bulan, 88 peratus masih mempunyai antibodi yang signifikan.

“Walaupun kami tidak dapat memastikan bagaimana hasil kajian ini berkait dengan tahap imuniti, ia mencadangkan yang kebanyakan orang berkemungkinan dilindungi dari jangkitan ulangan selama enam bulan selepas dijangkiti virus ini,” kata beliau.

Profesor Naomi juga berkata, kajian ini selari dengan hasil beberapa kajian lain di United Kingdom dan Iceland.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

84  +    =  90