Seludup masuk ke Malaysia untuk berkahwin, berjumpa suami

 Seludup masuk ke Malaysia untuk berkahwin, berjumpa suami

TANAH MERAH, 25 Jul — Mahu berkahwin dan berjumpa suami antara alasan diberikan beberapa wanita yang ditahan dipercayai menyeludup masuk ke negara ini.

Mereka antara 14 wanita warga Myanmmar yang ditahan dalam serbuan di sebuah rumah sewa di Kampung Gual Ipoh, di sini, pada 5.45 petang, 11 Julai lalu.

Dalam sebuah kenyataan, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintenden Zainuddin Md Yusuf berkata, tiga lelaki warga Myanmar yang juga pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) disyaki tekong darat turut ditahan dalam serbuan itu.

“Tangkapan berkenaan membabitkan 14 orang wanita warga Myanmar berusia antara 13 hingga 31 tahun serta tiga kanak-kanak berusia lima dan 10 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan.

“Hasil siasatan mendapati mereka menyeludup masuk  di pangkalan haram melalui Sungai Golok dengan tujuan untuk berkahwin dan ada yang datang untuk bersama suami yang berada di sini,” katanya dalam kenyataan, pada Sabtu.

Zainuddin berkata, hasil ujian saringan terhadap kesemua tangkapan mendapati tujuh daripada mereka positif COVID-19.

Tambah beliau, pengasingan lokap dibuat dari awal dan jangkitan juga tidak berlaku kepada petugas lokap kerana pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dijalankan.

“Semua 14 wanita itu akan dituduh di Mahkamah Majistret Jeli secara maya, mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“Manakala, tiga tekong darat berusia 32 hingga 42 tahun itu masih lagi dalam siasatan di bawah Seksyen 26H Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *