• Thursday, 17 June 2021, 2:33 pm

Seludup dadah dalam alat pemadam api

 Seludup dadah dalam alat pemadam api

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 1 Jun — Tidak sampai tiga bulan beroperasi, kegiatan sindiket pengedaran dadah antarabangsa tumpas apabila sembilan ahlinya dicekup polis dalam sembilan serbuan berasingan di sekitar Johor Bahru, kelmarin.

Modus operandi yang digunakan dengan menyumbat bekalan dadah yang dimasukkan dalam bungkusan teh cina ke dalam alat pemadam api berjaya dihidu oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura.

Sembilan suspek yang ditahan kerana disyaki seludup dadah dalam alat pemadam api

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, hasil titipan maklumat CNB itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan JSJN Johor menjalankan operasi khas bagi memberkas ahli sindiket terbabit.

Hasil serbuan itu polis menahan kesemua suspek termasuk seorang wanita tempatan dan dalang sindiket berkenaan berusia antara 26 hingga 40 tahun serta merampas 14 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM215,283.

“Dalam serbuan itu, polis merampas 7.1kg dadah jenis ganja, 4.5kg dadah jenis syabu dan 3.1kg dadah jenis heroin dengan nilai keseluruhan ialah RM215,283.

“Modus operandi yang digunakan lalu adalah dengan menyeludup dadah di dalam alat pemadam api bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa. Alat pemadam api berisi dadah itu akan dibawa menggunakan lori ais masuk ke negara jiran,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ayob Khan berkata, turut dirampas ialah lapan buah kereta, wang tunai berjumlah RM1,200 dan pelbagai jenis barang kemas dengan nilai keseluruhan sitaan ialah RM184,893.

Modus operandi yang digunakan dengan menyumbat bekalan dadah yang dimasukkan dalam bungkusan teh cina ke dalam alat pemadam

Hasil ujian saringan air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Semakan rekod yang dibuat mendapati tiga daripada suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Kesemua suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 6 Jun untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *