Selangor puas hati pematuhan SOP solat sunat tarawih

 Selangor puas hati pematuhan SOP solat sunat tarawih

Jemaah menunaikan solat sunat terawih dalam norma baharu dengan melakukan Penjarakan Fizikal dan memakai pelitup muka bagi mengekang penularan wabak COVID-19 pada tinjauan di Masjid Sultan Abdul Samad Sungai Raba, Banting

SHAH ALAM, 16 April — Kerajaan negeri Selangor setakat ini berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) solat sunat tarawih yang dilaksanakan di masjid dan surau susulan kebenaran pelaksanaannya kepada umat Islam di negeri ini.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata pengurusan masjid dan surau, serta jemaah dilihat melaksanakan dan mematuhi SOP yang digariskan, antaranya membawa sejadah sendiri, memakai pelitup muka, mengimbas suhu serta menjaga jarak fizikal.

“Saya sudah tiga kali menghadiri solat tarawih di masjid di beberapa daerah antaranya Gombak dan Klang.

“Alhamdulillah saya rasa pengurusan masjid mematuhi SOP 100 peratus, dan jemaah juga maklum serta akur dengan peraturan yang ditetapkan,” katanya pada pemberita selepas Majlis Agihan Kurma kepada agensi dan jawatankuasa tetap agama Islam Selangor dekat sini hari ini.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  1