Sektor komersil dan industri jangan ambil kesempatan naik harga

 Sektor komersil dan industri jangan ambil kesempatan naik harga

Datuk Seri Ismail Sabri menyampaikan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas Monsun Timur Laut 2021/2022 sebanyak RM2,500 kepada setiap 1,157 ketua isi rumah mangsa banjir di Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini, hari ini.

BERA, 30 Januari 2022 – Sektor komersil dan industri diingatkan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang berikutan kenaikan surcaj 1.70 sen bagi setiap kilowatt penggunaan elektrik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kadar surcaj itu terlalu rendah dan bukan alasan untuk sektor komersil dan industri menaikkan harga barang sewenang-wenangnya.

Selain itu katanya, kerajaan turut memberi subsidi elektrik sebanyak RM 1.61 bilion kepada sektor tersebut.

“Jumlah itu lebih tinggi berbanding rebat untuk pengguna domestik iaitu hanya RM 630 juta.

“Sedangkan konsep pemberian rebat kepada pengguna komersil dan industri adalah salah kerana konsep pemberian subsidi hanya untuk golongan miskin.

Katanya, beliau memohon Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuat rundingan dengan syarikat besar supaya tidak mengambil kesempatan menaikan harga.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Asas Monsun Timur Laut 2021/2022 sebanyak RM2,500 kepada setiap 1,157 ketua isi rumah mangsa banjir di Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini, hari ini.

“Saya difahamkan perubahannya tidak besar dari segi kenaikan bil elektrik yang membolehkan mereka mengambil peluang dan kesempatan untuk menaikan harga barang

“Semalam Suruhanjaya Tenaga mengumumkan kadar tarif elektrik baharu pengguna di semenanjung mulai satu Februari hingga 31 Disember 2024 dan pemberian rebat dua sen bagi setiap kilowatt perjam penggunaan elektrik dikekalkan,” katanya.

Amir Hamzah Nordin

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  11  =  19