• Monday, 21 June 2021, 3:38 am

Sektor insurans hayat catat pertumbuhan satu angka pada 2020 – LIAM

 Sektor insurans hayat catat pertumbuhan satu angka pada 2020 – LIAM

Presiden LIAM, Loh Guat Lan

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Sektor insurans hayat di Malaysia mencatatkan pertumbuhan satu angka yang sederhana bagi jumlah perniagaan berkuat kuasa pada 2020 di sebalik landskap perniagaan yang mencabar akibat pandemik COVID-19.

Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia Malaysia (LIAM) Loh Guat Lan berkata jumlah premium berkuat kuasa meningkat 5.3 peratus tahun ke tahun kepada RM43.4 bilion pada 2020 daripada RM41.2 bilion pada 2019, manakala jumlah yang diinsuranskan berkuat kuasa naik 4.3 peratus tahun ke tahun kepada RM1.7 trilion pada 2020 daripada RM1.6 trilion sebelum ini.

“Jumlah polisi berkuat kuasa turut merekodkan pertumbuhan kecil sebanyak 0.9 peratus kepada RM12.8 juta unit pada 2020 daripada 12.7 juta unit pada 2019,” katanya dalam laporan tahunan LIAM bagi 2020 yang dikeluarkan hari ini.

Bagaimanapun, Loh berkata jumlah premium perniagaan baharu turun 3.2 peratus tahun ke tahun kepada RM11.4 bilion pada 2020 berbanding RM11.7 bilion pada 2019.

Katanya, jumlah perniagaan baharu yang diinsuranskan turut berkurangan 7.2 peratus kepada RM437.2 bilion pada 2020 berbanding RM471.3 bilion pada 2019, dan jumlah polisi baharu turut merosot 7.1 peratus kepada 1.2 juta unit daripada 1.3 juta unit sebelum ini.

LIAM mewakili 14 syarikat insurans dan dua syarikat insurans semula.

Sementara itu, persatuan itu berkata jumlah bayaran tuntutan pada 2020 berkurangan 3.1 peratus tahun ke tahun kepada RM11.6 bilion daripada RM11.9 bilion pada 2019.

Katanya, pembayaran untuk ketidakupayaan dan lain-lain merekodkan kenaikan, masing-masing enam peratus tahun ke tahun dan 13 peratus tahun ke tahun.

Pembayaran tuntutan perubatan pula merosot 8.7 peratus tahun ke tahun kepada RM4.5 bilion, menyumbang 39 peratus daripada jumlah keseluruhan tuntutan pada 2020.

Ia menambah, bayaran untuk bonus yang merosot 4.2 peratus kepada RM3.5 bilion, menyumbang 30 peratus daripada bayaran jumlah tuntutan pada 2020.

Mengenai unjuran bagi 2020, LIAM berkata industri itu positif mengenai prestasinya untuk beberapa bulan akan datang dengan pembukaan semula lebih banyak aktiviti ekonomi dan pemulihan untuk rakyat dan ekonomi Malaysia susulan pelaksanaan Program Imunisasi Kebangsaan.

“Tanpa mengambil kira perkara luar jangka, industri ini menjangkakan pertumbuhan satu angka yang tinggi pada 2021,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *