Sekolah vernakular wajar dimansuhkan secara berperingkat – ARMADA

 Sekolah vernakular wajar dimansuhkan secara berperingkat – ARMADA

Ketua Penerangan ARMADA, Mohd. Ashraf Mustaqim

KUALA LUMPUR, 30 Nov — ARMADA kekal dengan pendirian bahawa Sekolah Vernakular wajar dimansuhkan secara berperingkat, apatah lagi sekiranya Bahasa Melayu tidak dimartabatkan dan persejarahan Malaysia disongsangi menerusi silibus di sekolah vernakular.

Menurut Ketua Penerangan Armada, Mohd Ashraf Mutaqim, ARMADA sememangnya sedar dan tidak jumud selain kepentingan memperkasa sistem pendidikan negara sebegitu kesedaran akan kepentingan hari ini untuk masyarakat mempelajari bahasa pengantar kedua mahupun ketiga selain Bahasa Inggeris seperti Mandarin dan Tamil.

“Pendirian ARMADA adalah tuntas, sepertimana pendirian atas doktrin tanggungjawab bersama jemaah menteri yang memutuskan bahawa sekolah vernakular tidak akan dimansuh (mungkin dalam situasi semasa) atas keterbatasan keputusan jemaah menteri berdasarkan keputusan kabinet menurut Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan.

“ARMADA kekal atas prinsip dan citra nasional yang telah diputuskan secara kolektif oleh ARMADA berdasarkan teras cita perjuangan nasionalisme yang dibawakan untuk menjayakan agenda perpaduan dan integrasi nasional bagi melihat roh Bangsa Malaysia diterjemah menerusi proses sosialisasi yang utama di bawah satu bumbung di peringkat sekolah.

“Apatah lagi dalam memaknai rencam kemajmukan bangsa dalam tanah pusaka Malaysia untuk berdiri atas makna kecintaan silang budaya dan bahasa dalam negara, namun segenapnya perlu dijayakan bawah satu bumbung, bukan dipisah-pisah sistem pelaksanaannya dan Bahasa Melayu kekal menjadi teras pemerkasa perpaduan.

Bagi menjawab lontaran tohmahan YB Steven Sim Chee Keong pula, Ashraf berkata, hanyalah retorika politik beliau untuk menang hati orang Melayu? Tapi sebaliknya menjadi duri dalam daging menggagalkan perencanaan integrasi bangsa Malaysia atas teras Melayu.

“Malaysia tidak lupa betapa tegar DAP dan institusinya cukup membela sekolah vernakular dan menolak tulisan jawi!

“Tidak mungkin YB Steven yang asyik dalam bermadah tidak meneliti peratusan anak-anak bukan Melayu di sekolah jenis kebangsaan yang tidak boleh bertutur pun bahasa kebangsaan.

“Ini merupakan suatu realiti, mereka lahir di Malaysia, mereka mendiami negara ini dan negara ini telah menjadi kampung halaman mereka, tetapi tetap gagal bertutur bahasa kebangsaan.

Malah Ashraf turut berkata, warga Bangladesh, Pakistan, Nepal yang duduk hanya baru beberapa bulan di negara kita tetapi lebih fasih berbahasa Melayu tanpa pelat mengalahkan mereka yang punyai kad pengenalan biru, warganegara Malaysia.

“Sedarlah dan usahlah berdalih konon nak merubah sikap dan pemikiran kaum Melayu atas nama kesedaran ‘Bangsa Malaysia’ dengan segenap madah kamu semata walhal tersimpan segenap muslihat penipuan dan tidak berlaku adil dengan matlamat sebenar, dalam pada hipokrasi saat tetap membela segenap yang memecah-belahkan agenda integrasi dan penyatuan segenap kaum,” katanya.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

19  +    =  20