Sekolah Vernakular: Jika pengasingan berlaku kesepaduan acuan negara terus diperlekeh

 Sekolah Vernakular: Jika pengasingan berlaku kesepaduan acuan negara terus diperlekeh

Gambar hiasan – Kredit foto: Berita Harian

JOHOR BAHRU, 1 Dis — Pendidikan adalah untuk semua tak kira apa jenis bangsa dan agama jadi amat penting untuk kesatuan negara dihimpunkan di bawah satu bumbung persekolahan yang sama.

Naib Ketua Armada Bahagian Johor Bahru, Zarief Ashraf Halid berkata, ia penting untuk menyemai perpaduan dan lebih penting agar tiada yang tertinggal di belakang.

Zarief Ashraf Halid, Naib Ketua Armada Bahagian Johor Bahru

“Kalau ada pecahan sekolah ni, sifat perkauman akan jadi lebih tinggi dan tiada perpaduan.

“Perpecaham kaum harini kita dapat lihat dengan jelas, apabila wujudnya parti politik bangsa, takkan kita nak biarkan anak-anak kian berpecah. Bukan bersikap rasis tapi ada baiknya jika kita bersatu di bawah satu bumbung yang sama.

Malah Zarief turut bersetuju dengan cadangan Ketua Armada Nasional Wan Ahmad Fayhsal berkenaan pemansuhan sekolah vernakular yang perlu dilakukan tetapi dengan cara berperingkat bukannya secara mengejut.

Malah Zarief juga tegas meminta semua pihak menjunjung tinggi dan mempraktikkan Bahasa Melayu supaya ianya menjadi satu kebanggaan untuk semua rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, menurut seorang pendidik , Nasrul Selamat berkata sekolah jenis kebangsaan tidak dapat memupuk integrasi nasional yang mana bertentangan dengan tunjang penyatuan bangsa.

Mohd Nasrul Bin Selamat, Guru Sains,
Kementerian Pelajaran Malaysia

Katanya lagi, matlamat kebersamaan Bangsa Malaysia terus kabur malahan semakin jauh sekiranya sekolah pelbagai jenis diteruskan.

“Pendidikan merupakan wadah utama dan terawal bagi membentuk watak insan berjati diri Malaysia. Jika pengasingan terus berlaku kesepaduan acuan Negara Malaysia akan terus diperlekeh.

“Selagi tirai pendidikan antara kaum ini terus utuh maka ianya menghalang pergaulan. Kita tidak mahu terus hidup dalam perpecahan yang aman.

Nasrul berkata, pendidikan satu aliran dapat mengikis kebencian antara kaum yang terendam kerana rakyat tidak bercampur sejak bangku sekolah.

Katanya juga, antara tujuan penubuhan sekolah satu aliran adalah antara lain dapat meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu seterusnya menggalakkan perpaduan dan karektor beridentiti nasional.

Pandangan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Wacana.my

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

87  −    =  81