Sekatan jalan raya di Lembah Klang tamat tengah malam tadi

 Sekatan jalan raya di Lembah Klang tamat tengah malam tadi

Sekatan jalan raya di Lembah Klang tamat tengah malam tadi. Foto – File

KUALA LUMPUR, 10 Sept –Sekatan jalan raya (SJR) di seluruh Lembah Klang termasuk Putrajaya dan Selangor ditamatkan 12 tengah malam tadi selepas beroperasi selama sembilan bulan sejak 13 Januari lepas.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz dilaporkan berkata, walaupun SJR ditamatkan namun orang awam dingatkan untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal penularan COVID-19.

Menurut beliau, operasi pematuhan akan dipergiatkan dengan penambahan anggota untuk memastikan orang awam memasuki Putrajaya patuh SOP sama ada bagi tujuan riadah atau pelancongan domestik.

Penamatan SJR itu susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung rentas daerah dibenarkan di Lembah Klang, membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang beralih kepada Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam kenyataan memaklumkan dua SJR ditutup iaitu di Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram di bawah laluan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Bagaimanapun, empat lokasi SJR dikekalkan iaitu di Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

39  +    =  45