Sejam tahan sakit, lori pengawal keselamatan terbalik masuk parit

 Sejam tahan sakit, lori pengawal keselamatan terbalik masuk parit

BATU PAHAT, 16 Jun — Seorang lelaki terpaksa menahan sakit hampir sejam apabila kaki kirinya tersepit selepas lori pengawal keselamatan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan di Jalan Parit Haji Ghaffar, Kampung Parit Haji Ghaffar, dekat sini semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng, Penguasa Bomba Kanan II Badrolhisyam Loi Abdullah berkata, dalam kejadian jam 5.22 petang, pemandu berkenaan hilang kawalan dan terbabas ke cerun di tepi jalan tersebut.

Lori berkenaan kemudian terbalik dan masuk ke dalam parit sebelum pemandunya yang berusia 37 tahun cedera serta tersepit di tempat duduk pemandu.

“Seramai enam anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dihantar ke tempat kejadian.

“Pemandu lori itu tersepit pada bahagian kaki kiri dan pihak bomba bertindak menyelamatkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam

Mangsa yang berjaya dikeluarkan diserahkan kepada pegawai perubatan yang hadir untuk rawatan selanjutnya.

Operasi berkenaan tamat pada jam 7.02 petang.

Anggota bomba mengeluarkan seorang mangsa yang tersepit selepas lori pengawal keselamatan dipandunya terlibat kemalangan di Kampung Parit Haji Ghaffar, Batu Pahat, semalam

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  79  =  83