SEARCCT bakal jadi sumber rujukan utama pencegahan keganasan

 SEARCCT bakal jadi sumber rujukan utama pencegahan keganasan

KUALA LUMPUR, 7 Sept — Peranan Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) akan diperkasakan untuk muncul sebagai sumber rujukan utama mengenai kerja-kerja memerangi keganasan di rantau ini, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

Menteri itu berkata, SEARCCT, agensi di bawah Kementerian Luar telah diberitahu agar bekerja rapat dan memperkukuh kerjasama dengan pertubuhan di rantau ASEAN yang mempunyai fungsi sama seperti SEARCCT.

“Saya juga meminta SEARCCT untuk tingkatkan usaha dalam tiga bidang iaitu penyelidikan, penerbitan dan latihan,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke SEARCCT di sini, hari ini.

Saifuddin turut meminta SEARCCT untuk menerapkan pendekatan kehidupan bersama dalam budaya damai sebagai cara baharu dalam menangani radikalisme agama.

“Ia adalah pendekatan baharu itu dan saya harap SEARCCT akan berusaha tingkatkan kefahaman rakyat Malaysia dan rantau ini tentang pentingnya memahami hidup bersama dalam budaya damai,” katanya.

Selain itu, katanya penting bagi SEARCCT untuk memberi tumpuan kepada elemen keselamatan siber untuk memantau pengaruh keganasan yang berlaku dalam talian.

SEARCCT, ditubuhkan pada 2003, berfungsi sebagai pusat mencegah keganasan serantau yang antara lain menumpukan kepada program latihan, pembinaan keupayaan, penyelidikan dan memupuk kesedaran masyarakat.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

81  −  74  =