Saya tidak mahu mementingkan diri – Janna Nick

 Saya tidak mahu mementingkan diri – Janna Nick

PETALING JAYA : “Terima kasih semua di atas kata-kata semangat dan mendoakan kesihatan saya. Kerja kita ini melibatkan banyak orang dan saya tidak sampai hati membuat orang lain tertunggu-tunggu.

“Oleh itu, saya meminta untuk discaj lebih awal biarpun doktor menyarankan dia memberi cuti sakit lima hingga tujuh hari kepada mereka yang berhadapan masalah Vertigo. 

“Maka sebaik saja keluar hospital, saya terus bergerak ke set penggambaran. Saya tahu ramai yang prihatin mengenai kesihatan saya tetapi ini adalah impak daripada pandemik sebelum ini”.

Demikian kenyataan yang diberikan oleh pelakon dan pengarah, Janna Nick mengulas mengenai masalah kesihatannya sehingga dimasukkan ke hospital baru-baru ini akibat penyakit Vertigo. 

Janna yang sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat penyakit Vertigo iaitu masalah yang membabitkan daripada telinga atau bahagian serebelum pada otak yang berfungsi mengawal keseimbangan anggota badan.

“Bukan hendak bekerja ‘back to back’ sebaliknya banyak yang tertangguh akibat pandemik. Jadi kita tidak boleh mementingkan diri saja. Kita perlu berkorban daripada aspek mental dan fizikal.

“Saya cuma harap… tiada lagi ‘lockdown’ supaya perkara begini tidak akan terjadi lagi. Drama yang sepatutnya menjalani penggambaran selama tiga bulan berlanjutan sehingga tempoh tujuh bulan,” katanya. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *