• Sunday, 20 June 2021, 9:36 am

Saya tak guna kabel untuk cepat dapat vaksin – Nabila Huda

 Saya tak guna kabel untuk cepat dapat vaksin – Nabila Huda

PETALING JAYA : “Ada yang mesej peribadi (DM) kata saya guna ‘kabel’ sebab golongan kayangan, pentingkan diri, hubungi orang dalam percepatkan vaksin dan pelbagai fitnah yang mengguriskan hati saya.

“Saya pergi ikut tarikh ditetapkan dan tak potong barisan pun. Saya beritahu jujur pada doktor status saya, kemudian dia minta saya terus ke bilik untuk ambil suntikan vaksin AZ”.

Demikian kenyataan yang diberikan oleh pelakon Nabila Huda dituduh menggunakan ‘kabel’, orang dalam, mementingkan diri dan memotong barisan oleh segelintir netizen yang tidak berpuas hati.

Nabila Huda bergambar bersama suami selepas menerima vaksin

Susulan menerima suntikan vaksin AstraZeneca (AZ) di Ideal Convention Centre Shah Alam, dua hari lalu, Bukan itu saja, warganet turut mempersoalkan tindakan doktor membenarkan Nabila divaksin walaupun dia disahkan positif Covid-19 beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu.

Tegas Nabila, dia pergi mengikut tarikh ditetapkan sekali gus menafikan dakwaan memotong barisan mendapatkan vaksin selain doktor sudah mengetahui status kesihatannya.

“Saya memuat naik gambar sudah divaksin bukan niat nak menyakiti hati orang, tetapi nak kongsi kesedaran. Saya dapat vaksin sebulan selepas sembuh Covid-19 dan ia boleh bagi semangat pada anda yang mungkin tak perlu tunggu berbulan-bulan seperti dijadikan.

Nabila Huda juga berharap netizen lebih peka dengan maklumat terkini yang disampaikan KKM.

“Namun, lain pula yang jadi. Tak mengapa, saya maafkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengemaskini maklumat pada 31 Mei. Kepada mereka yang marah dengan saya semalam yang sampai sanggup cari semula perbualan di Twitter pada 25 Mei, macam mana boleh terlepas pandang maklumat dari KKM?” katanya.

Nabila berkata, adalah lebih baik dan sepatutnya netizen lebih peka dengan maklumat terkini yang disampaikan KKM.

“Saya berasakan mulai hari ini dan seterusnya, selain daripada kita sibuk cari semula dari atas sampai bawah di Instagram atau TikTok nak tengok perkembangan semasa kehidupan orang.

“Ringankan tangan untuk tengok juga perkembangan terkini sebelum fitnah orang. Yang sudah dapat suntikan patut bersyukur saja bukan mempersoalkan,” katanya.

Farhana Abd Rahman

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *