‘Saya lebih rela masuk mahkamah daripada masuk PN’

 ‘Saya lebih rela masuk mahkamah daripada masuk PN’

KUALA LUMPUR, 21 Jul — Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bakal didakwa di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, esok berkata, beliau lebih rela hadir ke mahkamah daripada menyertai Perikatan Nasional.

Syed Saddiq akan diwakili peguam Haijan Omar dan Gobind Singh Deo.

Beliau akan dituduh berhubung penyelewengan dana lebih RM1 juta wang peruntukan sebuah parti politik.

Memetik di Twitter, Ahli Parlimen Muar itu berkata perkembangan terkini dirinya mengingatkan beliau mengapa beliau menyertai politik.

“Berani kerana benar. Dalam waktu begini saya ingat mengapa saya sertai politik, kebenaran akan menang,” katanya.

Beliau memaklumkan akan memberi pendedahan secara langsung melalui Facebook dan Instagramnya jam 8 malam Khamis.

Jumlah keseluruhan penyelewengan yang dianggarkan berjumlah RM1.12 juta membabitkan wang milik parti politik yang mana beliau adalah ketua pemuda parti berkenaan ketika kejadian.

Selain itu, Syed Saddiq dijangka akan turut dituduh mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru dalam masa terdekat.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *