Saya bukan anti MN tapi saya anti manusia toksik – Fadhli Shaari

 Saya bukan anti MN tapi saya anti manusia toksik – Fadhli Shaari

Ahmad Fadhli Shaari, Ketua Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 24 Nov — Ketua Pemuda PAS menyifatkan dakwaan beliau anti Umno dan anti Maufakat Nasional tersasar jauh.

Malah Fadhli Shaari membidas sekerasnya pihak yang cuba memesongkan fakta dan kemudian membuat kenyataan atas pemahaman sendiri yang tidak benar.

“Ada yang menyebut bahawa saya anti-MN, anti-Umno. Saya fikir ini kenyataan yang agak tersasar. Saya tidak anti-Umno, jauh sekali anti Muafakat Nasional (MN). Hubungan saya dengan pemimpin-pemimpin Umno khususnya di Parlimen sangat baik, tiada masalah.

“Saya hanya menerima arahan, menerima arah tuju yang ditentukan oleh parti. Secara peribadi, melihat kepada keputusan di Melaka, saya fikir sangat perlu untuk dielakkan pertembungan tiga penjuru di seluruh negara. 

“Dalam hal berdepan dengan manusia yang suka memesongkan fakta, mengambil kenyataan sekerat dan kemudiannya membuat pemahaman sendiri, lantas menabur persepsi pula atas pemahaman yang dibuat itu, saya fikir orang seperti ini sangatlah tidak berguna untuk politik negara, di dalam parti apa sekalipun.

“Manusia seperti ini hanyalah dedalu politik, datangnya langsung tiada faedah, bahkan menambah toksik untuk memastikan dirinya besar dan segar.

“Saya bukan anti kepada parti tertentu, namun ya, saya sangat anti kepada manusia seperti ini. 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *