Satu aplikasi akan dilancarkan, cungkil bakat baru atlet OKU

 Satu aplikasi akan dilancarkan, cungkil bakat baru atlet OKU

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Satu aplikasi akan dilancarkan dalam masa terdekat untuk mencungkil lebih ramai atlet orang kurang upaya (OKU) untuk diketengahkan dan digilap.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berkata usaha tersebut adalah untuk memanfaatkan dan memudahkan pihaknya mengesan lebih ramai atlet dalam kalangan OKU di Malaysia.

“Dalam masa terdekat ini, kita akan lancarkan satu aplikasi yang memudahkan untuk kita mengesan lebih ramai atlet dalam kalangan OKU yang berdaftar.

“Tetapi dalam masa yang sama, kita akan kekalkan segala aktiviti di akar umbi yang ada sekarang ini, cumanya aplikasi ini akan jadi satu penambahbaikan bagi memanfaatkan teknologi dan membantu kita mendapatkan data mereka yang telah berdaftar,” katanya dalam program Pentas Wacana yang disiarkan secara langsung di Facebook dan Youtube Wacana.my.

Mengulas lanjut, Megat berkata pihaknya akan berusaha untuk memastikan bakat-bakat baharu atlet paralimpik sentiasa bertambah bagi menyaingi negara-negara besar yang lain dalamsukan paralimpik.

“Seperti contoh negara ASEAN terbaik semasa Paralimpik Tokyo 2020 adalah Thailand yang berjaya memungut 5 pingat emas.

“Jadi saya akan pastikan bakat-bakat baharu sentiasa ada tanpa putus untuk menyaingi negara ini, jika tidak dapat bersaing asalkan kita berada satu tahap dengan Thailand sudah cukup bagus,” katanya.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  33  =  36