Sarjan polis trafik didakwa 42 pertuduhan rasuah

 Sarjan polis trafik didakwa 42 pertuduhan rasuah

KUANTAN: Seorang anggota polis berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini hari ini atas 42 pertuduhan menerima rasuah daripada dua individu dengan jumlah keseluruhan RM11,600.


Bagaimanapun tertuduh, Abdul Ghafa Harun, 57, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Datuk Zamzani Mohd Zain.


Berdasarkan 34 kertas pertuduhan yang dibacakan, tertuduh sebagai anggota polis trafik yang bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang secara rasuah didakwa telah menerima suapan bernilai RM200 melalui pindahan dalam talian yang mana mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi daripada individu, Ong Mooi Kiong.


Bagi lapan pertuduhan seterusnya, tertuduh juga secara rasuah telah menerima suapan iaitu wang tunai bernilai RM600 atas perkara yang sama secara atas talian daripada individu bernama Adam Malik Jakirman.


Kesemua 42 kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Berserah sejak 2 Januari 2017 sehingga 3 Disember 2019.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.


Ketika prosiding tertuduh memohon jaminanan dikurangkan atas alasan perlu menanggung keluarga dan mempunyai masalah kesihatan yang memerlukannya mendapat rawatan.


Hakim kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuantan bermula Februari depan sehingga kes selesai.


Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM, Nadzirah Zahari manakala tertuduh diwakili peguam, Fakrul Redha Paridul Adras.


Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 9 Mac depan.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8  +  1  =