Sarawak catat rekod tertinggi kes harian COVID-19

 Sarawak catat rekod tertinggi kes harian COVID-19

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Sebanyak 19,733 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam negara pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kini sebanyak 1,900,467 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, negeri Sarawak mencatat kes jangkitan tertinggi dengan 3,100 kes.

Menurutnya, tiga negeri mencatatkan jumlah kes melebihi 2,000 iaitu Selangor dengan 2,989 kes diikuti Pulau Pinang (2,474 kes) dan Sabah (2,067 kes).

Negeri-negeri yang mencatatkan jumlah kes melebihi 1,000 pula ialah Johor sebanyak 1,867 kes, Kedah (1,564 kes), Kelantan ( 1,471 kes) dan Perak (1,319 kes).

Sementara negeri-negeri yang merekodkan kes di bawah 1,000 ialah Terengganu dengan 904 kes, Pahang (700 kes), WP Kuala Lumpur (537 kes), Melaka (375 kes), Negeri Sembilan (256 kes), Perlis (74 kes), WP Putrajaya (29 kes) dan WP Labuan (7 kes).

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  4