Santai berbasikal eratkan hubungan keluarga UMP

 Santai berbasikal eratkan hubungan keluarga UMP

PEKAN, 20 November 2021 – Program Santai Berbasikal Bersama Keluarga Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diadakan bertujuan mengeratkan lagi hubungan dikalangan warga pusat pengajian tinggi berkenaan.

Program julung kali diadakan di UMP kampus Kuala Pahang, di sini, hari ini anjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan dan Pejabat Naib Canselor UMP.

Kayuhan diketuai Prof Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin yang menjalankan tugas Naib Canselor UMP disertai seramai 120 peserta membabitkan pengurusan tertinggi dan kakitangan UMP termasuk keluarga.

Dr Yuserrie berkata, program diadakan sempena sambutan ulang tahun ke 20 UMP tahun depan selain memberi pendedahan terhadap kepentingan penjagaan kesihatan melalui aktiviti berbasikal di dalam kampus. Menurutnya, ia turut diharap menjadi sebagai amalan terbaik dalam usaha menyokong agenda penghijauan kampus.

Katanya, amalan teknologi hijau dapat meminimumkan degradasi terhadap alam sekitar, memulihara tenaga dan sumber semula jadi serta menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

“Program beriadah bersama keluarga ini memberi peluang kepada warga UMP menikmati keindahan kampus sambil sentiasa mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Lebih bermakna yuran penyertaan program ini akan disumbangkan kepada Yayasan UMP dalam usaha membantu mereka yang memerlukan bantuan,” katanya.

Beliau berkata, program berbasikal kali ini merupakan antara acara aktiviti diadakan sempena sambutan ulang tahun ke 20 tahun UMP tahun depan, pelbagai aktiviti dirancang bagi mendekatkan universiti bersama komuniti setempat.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  6  =  3