SAMENTA gesa pendekatan perundingan terhadap pelanggaran SOP oleh peniaga kecil

 SAMENTA gesa pendekatan perundingan terhadap pelanggaran SOP oleh peniaga kecil

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA) menggesa agensi kerajaan terutama pihak berkuasa mengamalkan pendekatan perundingan terhadap pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) .

Pengerusi SAMENTA Pusat, Datuk William Ng berkata PKS sememangnya perlu mematuhi semua SOP namun ada ketikanya terdapat isu yang berada di luar kawalan PKS.

ā€œSAMENTA mencadangkan agar amaran keras diberikan sekiranya PKS didapati melanggar SOP bagi kali pertama, atau denda bernilai lebih kecil berbanding maksimum RM50,000 yang dikeluarkan pada ketika ini,ā€ katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkataĀ pendekatan perundinganĀ perlu diambil untuk kerajaan mengimbangi di antara usaha pengekangan pandemik denganĀ memastikan kelangsungan ekonomi bagi rakyat jelata.

Ng yang juga pengerusi perhubungan kerajaan dan dasar SAMENTA berkata pihaknya mengulangi bahawa ia tidak menentang penguatkuasaan SOP sebaliknya menyambut baik usaha itu.

PKS juga digesa mengamalkan tahap berwaspada yang tinggi dengan mematuhi semua SOP termasuk memberikan tempoh tambahan untuk pelanggan mereka mengikut peraturan, katanya.

ā€œIni juga akan mengelakkan ketegangan dengan pihak berkuasa dan membantu negara mengekang jumlah kes COVID-19,ā€ katanya.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  77  =  80