• Sunday, 20 June 2021, 12:53 pm

Sambutan menggalakan PST FAMA Pahang

 Sambutan menggalakan PST FAMA Pahang

Teks dan gambar oleh Mohd Fikri Mie

KUANTAN, 1 Jun – Lebih 150 pengguna mengunjungi Pasar Segar Terkawal (PST) pada hari pertama program jualan hasil pertanian dan ternakan diperkarangan Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang, di sini semalam.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang, Noh Nik Wan

Pengarahnya Noh Nik Wan berkata, jualan bermula lapan pagi hingga dua petang itu menggunakan sistem padu lalu, pengguna tidak perlu turun daripada kenderaan masing-masing untuk memilih barangan yang diinginkan.

Katanya, lima gerai jualan disediakan dan pengguna hanya perlu lalu dihadapan gerai terbabit untuk melihat produk yang disediakan, kakitangan FAMA akan membantu memilih dan memuatkan dalam kenderaan serta menerima bayaran.

Menurutnya, sambutan yang diterima begitu menggalakan dan pihaknya berusaha menambah lebih banyak produk jualan terutama membabitkan pelbagai jenis sayuran bagi kemudahan pengguna.

“Tawaran harga lima hingga 20 peratus lebih murah mendorong lebih ramai pengguna untuk datang berbelanja di PST yang pertama di negeri ini menggunakan sistem padu lalu.

“Saya difahamkan permintaan terhadap ikan air tawar seperti patin dan tilapia merah serta daging lembu segar begitu menggalakan.

Pengguna beratur secara pandu lalu untuk membeli barangan keperluan di Pasar Segar Terkawal (PST) diperkarangan Pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang

FAMA menjual sebanyak 700 kilogram (kg) nanas, 1,200kg labu manis dan 2,300kg tembikai,” katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, pelbagai barangan dapur dan makanan segera produk keluaran Agromas turut disediakan yang mendapat permintaan menggalakan.Pihaknya akan menambah lebih banyak barangan keperluan lain seperti beras.

Noh berkata, pengguna lebih berminat berkunjung di PST kerana mereka tidak perlu beratur panjang di pasar raya bagi mendapatkan barangan keperluan terutama sepanjang Sekatan Pengerakan Penuh bermula hari ini.

Katanya, fasa pertama PST bermula semalam hingga 14 Jun, sekiranya ada keperluan akan disambung.

Pengguna Osman Shah Ismail berkata, program jualan PST anjuran FAMA Pahang bermula semalam dapat membantu pengguna mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga yang lebih murah.

“Pengguna tidak perlu turun daripada kenderaan, semua dibantu oleh kakitangan FAMA yang bertugas.Mudah serta cepat dan lebih penting barangan segar serta harga murah,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *