Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 lambang kesepaduan Keluarga Malaysia

 Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022 lambang kesepaduan Keluarga Malaysia

P ETALING JAYA : Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2022 yang diadakan setiap tahun pada 1 Februari adalah bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Istimewanya sambutan kali ke-18 ini diadakan secara serentak di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bermula pada 15 Januari hingga 28 Februari 2022.

Bertemakan Keluarga Malaysia, penganjuran SHWP tahun ini bakal menterjemahkan konsep Our City Our Home melalui enam teras utama (Teras Pengiktirafan, Teras Ilmiah & Pendidikan, Teras Usahawan, Teras Kemasyarakatan, Teras Seni Budaya dan Teras Sukan).

Dalam masa sama, ia sejajar denfan misi dalam menzahirkn komitmen berterusan Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi bagi menjamin kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan.

Justeru, pelaksanaan program-program sempena SHWP 2022 adalah berkonsepkan mesra rakyat dalam suasana norma baharu yang akan membabitkan penyertaan pelbagai kaum dan lapisan masyarakat di ketiga-tiga wilayah menerusi 64 program secara keseluruhan. 

Objektif utama SHWP 2022 adalah untuk menyemarakkan acara-acara sambutan yang melambangkan warga Wilayah Persekutuan yang harmoni, prihatin, maju dan sejahtera.

Disamping itu, melalui penganjuran program-program SHWP 2022 in akan dapat mencetuskan semangat muhibbah dan integrasi antara masyarakat di pelbagai peringkat. 

Ini sekaligus dapat mengeratkan kembali silaturahim seluruh warga Wilayah Persekutuan khususnya setelah hampir dua tahun negara terpaksa hidup di bawah Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19. 

Semua program utama SHWP yang berteraskan konsep mesra rakyat serta perpaduan dapat memupuk nilai-nilai patriotik.

Usaha ini mampu menjadi pemangkin dalam membentuk generasi pemimpin yang tahu menghargai seta memelihara keharmonian di Wilayah Persekutuan.

Diharapkan melalui pelaksanaan program SHWP 2022 kali in akan membolehkan penglibatan rakyat secara umum serta member peluang kepada mereka untuk menyertai setiap aktiviti dan program yang dianjurkan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan. 

Aktiviti-aktiviti komuniti yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang Februari SHWP 2022 ini sememangnya merangsang seluruh warga Wilayah Persekutuan seiring dengan konsep Keluarga Malaysia untuk bersama-sama memajukan dan memakmurkan Wilayah Persekutuan yang tercinta.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  +  20  =  22