Sambut ulang tahun perkahwinan keempat, netizen usik ‘baby’ kedua

 Sambut ulang tahun perkahwinan keempat, netizen usik ‘baby’ kedua

PETALING JAYA : Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Fazura meraikan ulang tahun keempat dalam sebuah makan malam penuh romantis.

Berkongsi foto sekitar majlis makan malam tersebut, rata-rata bahagian komen dibanjiri dengan ucapan mendoakan kebahagiaan pasangan bahagia itu. 

Fazura atau pemilik nama penuh Nur Fazura Sharifuddin itu kelihatan menawan dan jelitan menggayakan busana berona coklat dipadankan dengan tudung hitam. 

“Empat tahun sayang, sehingga ke akhir hayat..InsyaAllah, amin. Selamat ulang tahun buat hubsbaby ku. Saya mencintaimu dengan sepenuh hati,” ujar Fazura.

Tidak kurang juga ada yang mengusik pasangan ini sudah boleh merancang anak kedua.

Sekadar info, Fazura dan Fattah melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 27 November 2017.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober 2020.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

85  +    =  95