Sam dikejarkan ke hospital gara-gara Hypoventilation

 Sam dikejarkan ke hospital gara-gara Hypoventilation


PETALING JAYA : “Saya pernah terkena serangan begini ketika menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 dulu. Ia dikenali sebagai Hypoventilation yang mana kadar oksigen berkurangan dalam badan.

“Serangan itu membuatkan dada menjadi sempit dan sukar untuk bernafas. Jadi saya dimasukkan ke zon Merah untuk mendapatkan rawatan lanjut dan memantau tahap kesihatan saya”.

Demikian kenyataan pelakon Shaheizy Sam dikejarkan ke hospital selepas mengalami Hypoventilation atau ‘Sumpahan Ondine’ sewaktu menjalani penggambaran.

Shaheizy Sam atau lebih mesra dengan nama Sam itu, dimasukkan ke wad Zon Merah apabila terkena serangan itu ketika sedang bekerja. 

Malah, Sam turut berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya. 

“Terima kasih di atas doa semua pihak. Alhamdulillah, Kesihatan saya beransur pulih. 

“Selepas mengambil ‘drip’ dalam tempoh satu jam, saya kembali ke set penggambaran untuk menyambung kerja. Penyakit ini tidaklah terlalu serius, cuma datang dan pergi,” kata Sam. 

Untuk rekod, Hypoventilation berlaku apabila pernafasan yang terlalu singkat atau terlalu lambat untuk memenuhi keperluan badan. 

Jika seseorang hypoventilates, tahap karbon dioksida badan akan meningkat, sekali gus menyebabkan pertambahan asid dan terlalu sedikit oksigen dalam darah.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  11  =  12