Salah pemain ‘luar biasa’ kata Simeone

 Salah pemain ‘luar biasa’ kata Simeone

Mo Salah. FOTO Twitter

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Bos Atletico Madrid Diego Simeone menyifatkan Mohamed Salah sebagai pemain luar biasa menjelang perlawanan menentang Liverpool dalam saingan Liga Juara Juara (UCL), awal pagi esok.

Salah menjaringkan gol pada setiap perlawanan  selepas 8 permainan untuk Reds dengan jaringan individu dilakukan menentang Watford pada hujung minggu benar-benar memukau peminat bolasepak dan jurulatih pasukan liga.

Malah, bos Liverpool Jurgen Klopp mengatakan pemain tengah Mesir itu sebagai pemain terbaik di dunia.

“Mohamed Salah pemain luar biasa kata,” kata Simeone.

“Dia beraksi pada tahap terbaiknya untuk kelab itu dan pasukan kebangsaan negaranya.”

Simeone bagaimanapun skuadnya juga perlu memberi perhatian kepada pemain lain Liverpool bukan hanya kepada Salah sahaja.

Liverpool masih belum tewas dalam mana mana perlawanan dalam semua kejohanan musim ini dan menduduki
tangga teratas Kumpulan B saingan UCL dengan dua kemenangan daripada dua perlawanan.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *