Salah mengganas lagi

 Salah mengganas lagi

LIVERPOOL, 19 Sept — Sadio Mane meledak gol ke-100 bersama Liverpool dan Mohamed Salah terus mempamer sentuhan pemusnah untuk menghantar Reds ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menumpaskan Crystal Palace 3-0 sebentar tadi.

Jaringan ke-100 Mane hadir dalam penampilan ke-224 bersama Liverpool, sekali gus membolehkannya memahat rekod Liga Perdana sebagai pemain paling banyak meledak gol ke atas pasukan yang sama.

Ini kali kesembilan berturut-turut pemain antarabangsa Senegal itu membolosi gawang Palace, namun apa yang lebih penting dia sudah meledak tiga gol musim ini.

Anak-anak buah Jurgen Klopp kini mengharungi lima perlawanan tanpa kalah. Mereka menang empat kali dan seri sekali, iaitu 1-1 ketika berdepan Chelsea.

Tonggak pertahanan Perancis, Ibrahima Konate yang dibeli dari RB Leipzig turut membuat penampilan pertama bersama Reds, malah Liverpool melakukan enam pertukaran berbanding skuad yang menumpaskan AC Milan 3-2 pada saingan Liga Juara-Juara, Khamis lalu.

Virgil van Dijk kembali memperkuatkan pertahanan tengah, James Milner mengisi posisi bek kanan, mengambil alih tempat Trent Alexander-Arnold dan Kostas Tsimikas menggantikan Andy Robertson di bek kiri.

Salah yang menjaringkan gol kedua pasukan pada minit ke-78 telah meledak lima gol musim ini, manakala Naby Keita melengkapkan kemenangan 3-0 dengan gol ketiga Reds, seminit sebelum tamat permainan.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *