Salah enggan berpisah dengan Liverpool

 Salah enggan berpisah dengan Liverpool

Mohamed Salah. FOTO Twitter LFC

KUALA LUMPUR, 23 Okt – Mohamed Salah berkata dia mahu menghabiskan kariernya bersama Liverpool.

Pemain Mesir berusia 29 tahun itu sudah menjaringkan 137 gol dalam 214 perlawanan untuk Reds sejak perpindahan £34 juta pound (RM194 juta) daripada Roma pada 2017.

Dia turut menjaringkan 12 gol musim ini.

Kontrak terbarunya bersama Liverpool akan berakhir pada hujung musim depan.

“Ia tidak bergantung kepada saya tapi jika tanya saya, saya mahu terus kekal sehingga penghujung karier saya. Ia juga bergantung kepada apa dimahukan oleh kelab,” kata Salah memberitahu Sky Sports.

Katanya: “Saya tidak nampak saya akan bermain dengan pasukan lain menentang Liverpool. Ia sukar dan saya tidak mahu bercakap mengenainya. Ia juga akan menyebabkan saya berasa sangat sedih.”

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *