Sajjad muncul kembali, sindir JAIS dan polis?

 Sajjad muncul kembali, sindir JAIS dan polis?

Oleh Zuan Azmi

KUALA LUMPUR : “Muka cantik macam ni nak menyorok, baik tak payah jadi cantik…  Tak baik cakap kita menyorok. Masa bila kita jadi pelarian, buat apa jadi pelarian,” itulah kata-kata yang dimuatnaik boleh Muhammad Sajjad Kamaruzzaman di media sosial yang kini menjadi buruan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Tambah Sajjad lagi, “menyorok dari ditangkap polis, merepak je. Orang cantik sentiasa jadi perhatian. saya tak menyorok, hanya diamkan diri dari Instagram.”

Kata-kata tersebut boleh menimbulkan pelbagai spekulasi kepada siapa kata-kata tersebut ditujukan atau Sajjad didakwa sengaja menyindir pihak yang memburunya iaitu JAIS dan polis.

Pada 23 Februari lalu, Muhammad Sajjad dikenakan waran tangkap kerana tidak hadir sebutan semula kes dakwaan menghina agama Islam.

Sejak pada itu Sajjad dilihat mengeluarkan beberapa kenyataan kontroversi termasuk memberi bayangan untuk keluar dari agama Islam.

Menurut Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, pihaknya telah mengenal pasti lokasi persembunyian usahawan kosmetik itu dan usaha mengesan Sajjad sedang giat dijalankan oleh pihak polis dengan kerjasama JAIS.

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

38  −    =  35