Sajat tidak peduli dengan keputusan mahkamah ?

 Sajat tidak peduli dengan keputusan mahkamah ?

Oleh Iqhram Ahmad

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini sedang mengenal pasti lokasi usahawan kosmetik terkenal, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat, selepas beliau gagal hadir pada sebutan semula kes pertuduhan berpakaian seperti wanita dan menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Menurut sumber Wacana.my, waran tangkap Muhammad Sajjad itu bertujuan untuk membawa beliau menghadap mahkamah, bukan kerana Sajat seorang penjenayah.

Selain itu, beliau juga didakwa sedang ‘bersembunyi’ bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.

Difahamkan, beliau tidak ‘dicari’ oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah.

Waran tangkap tanpa jaminan itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, 25 Feb lalu.

Muhammad Sajjad telah dinasihati oleh pihak JAIS supaya memberi kerjasama dan menyerah diri bagi memudahkan urusan semua pihak.

Pada 6 Januari lalu, Muhammad Sajjad mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohamad Shaee @ Shaii.

Difahamkan, beliau didakwa melakukan perbuatan itu pada majlis bacaan Yasin dan solat hajat di premis kecantikannya, Nursajat Beautician, Shah Alam.

Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang boleh dikenakan hukuman tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7  +    =  11