Sajat bakal ditemubual Ellen DeGeneres?

 Sajat bakal ditemubual Ellen DeGeneres?


PETALING JAYA : Usahawan sensasi, Nur Sajat berkongsi bakal terbang ke Amerika Syarikat dalam tempoh terdekat bagi memenuhi undangan untuk program bual bicara, The Ellen DeGeneres Show.

Menerusi video yang tular di Tik Tok, Sajat atau pemilik nama sebenar, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, menjawab pertanyaan netizen mengenai jadual kerjanya.

Selain berkongsi perjalanannya ke Amerika Syarikat, Sajat turut memaklumkan akan ke Singapura sekitar bulan Februari tahun hadapan. 

“Okay Sajat pergi US bulan Januari, Sajat pergi Singapura pada bulan 2. Bulan 1 Sajat pergi US untuk interview rancangan Ellen.

“Haa kau tengok tu, schedule i dah macam ni dah (penuh). Lepas ni i terbang tau. Bila dah pandai cakap bahasa orang putih, lagi i terbang tau. Terbang, terbang, terbang, terbang! Terbang tu kerja la,” ujarnya menerusi siaran langsung terbabit.

Sementara itu di ruangan komen, perkongsian Sajat mendapat jemputan program Ellen itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya.

Rata-rata wargamaya berasa teruja apabila selebriti berasal dari Malaysia itu diundang ke program bual bicara popular tersebut.

Sekiranya benar perkongsian Sajat itu, dia merupakan selebriti Malaysia kedua yang muncul di dalam program popular tersebut.

Terdahulu, aktor kacak kelahiran Sarawak pernah muncul sebagai tetamu DeGeneres pada tahun 2018 menerusi filem Crazy Rich Asians.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *