• Sunday, 20 June 2021, 1:58 pm

Saiz ‘Mamat’ 14 kaki, boleh ancam keselamatan

 Saiz ‘Mamat’ 14 kaki, boleh ancam keselamatan

Buaya tembaga yang diberi nama Mamat oleh penduduk setempat. –Kredit foto Sinar Harian

KUALA TERENGGANU,  26 Mei – Saiz ‘Mamat’ yang menghuni bekas lombong di Kampung Tepoh dekat Kuala Nerus kini mencapai 14 kaki dan beratnya ratusan kilogram.

Itulah antara fakta mengenai ‘Mamat’ yang kisah kemunculannya menjadi viral sejak beberapa hari lalu.

Pengarah Jabatan Perhilitan Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusuf.

Penduduk tempatan pula menganggarkan usia Mamat kini kira-kira enam tahun.

Pengarah Jabatan PERHILITAN Terengganu, Dr Abdul Malek Mohd Yusuf berkata, ‘Mamat’ adalah panggilan kepada seekor buaya tembaga yang dikesan mendiami bekas lombong itu sejak dua tahun lalu.

Namun beliau memberitahu, tindakan Perhilitan memasang dua perangkap untuk menangkap buaya tembaga itu terjejas kerana ada pihak yang mengganggu usaha itu.

“(Mereka) bukan menghalang tugas kami tetapi merosakkan perangkap dan mengganggu umpan. Mungkin juga ini perbuatan budak-budak nakal,” katanya kepada Wacana.my.

Ditanya sama ada perbuatan itu satu kesalahan, Dr Abdul Malek berkata, perkara itu mungkin di bawah bidang kuasa polis iaitu berkaitan perbuatan menghalang penjawat awam untuk melaksanakan tugasnya.

Ketika ini, dua perangkap dipasang di lokasi yang dipercayai ‘Mamat’ kerap muncul. Petugas Perhilitan memasangnya dengan menggunakan umpan ayam mati.

Dalam laporan lain, pihak Perhilitan telah memasang penghadang dan papan tanda beberapa hari lalu bagi memastikan orang ramai tidak mengganggu perangkap yang dipasang.

Jika buaya itu dapat ditangkap, ia akan dipindahkan ke hakitat baharu yang lebih sesuai.

Petugas Perhilitan pernah memasang perangkap untuk menangkap Mamat pada 2019 tetapi reptilia itu tidak lagi muncul selepas itu sehingga ia muncul semula baru-baru ini.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *