Saintis China cipta skrin digital fabrik

 Saintis China cipta skrin digital fabrik

SHANGHAI, 9 Apr — Sekumpulan saintis di Universiti Fudan, China telah berjaya mencipta sejenis kain yang berfungsi sebagai paparan skrin digital.

Fabrik inovatif ini terdiri dari campuran benang kapas dan juga benang istimewa yang apabila ditenun, berupaya mengeluarkan cahaya (luminescent) dan mengalirkan tenaga.

Menurut ketua kumpulan saintis tersebut, Profesor Huisheng Peng dari Jabatan Kejuruteraan Makrobolekular Universiti Fudan, fabrik ini bukan sahaja boleh dilipat, dijahit dan dipakai seperti kain biasa, malah ia juga boleh dibasuh seperti pakaian yang lain.

“Ia juga adalah skrin paparan berfungsi penuh, dan boleh dikendalikan menggunakan alat input biasa seperti papan kekunci, telefon bimbit dan lain-lain,” kata beliau.

Selain itu, fabrik ini juga selesa dipakai. Oleh kerana ketebalan fiber ini hanyalah dari 0.2mm dan 0.5mm, benang ini boleh ditenun untuk dijadikan kain yang amat lembut, nipis, ringan dan boleh ‘bernafas’ seperti kain-kain yang biasa dipakai.

Menurut Prof Peng, kain ini telah diuji dengan lasak dan masih berkualiti diakhir ujian. Setelah menerusi ujian lipatan dan ‘stretching’ sebanyak 1,000 pusingan, prestasi fabrik fiber ini masih stabil. Malah, selepas dibasuh di dalam mesin dan dikeringkan sebanyak 100 kali, kecerahan fabrik pintar ini tidak menurun.

“Saya percaya bahan ini boleh merevolusikan industri komunikasi dan membantu pelbagai golongan seperti mereka yang tidak boleh bersuara atau sukar berkomunikasi,” kata beliau. “Kami berharap bahan fiber ini akan melahirkan alat-alat elektronik generasi baru yang canggih dan berguna.”

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  6  =  4