Saiful Apek jadi pemain bola sepak

 Saiful Apek jadi pemain bola sepak

PETALING JAYA: Selepas tamat perlawanan bola sepak, kebiasaanya akan diadakan satu sesi temu bual oleh pengulas sukan bersama jurulatih mahupun pemain itu sendiri, ia bertujuan bagi mengulas kembali corak permainan yang dilakukan sebentar tadi sewaktu dalam perlawanan.

Namun apa yang menarik perhatian, tular satu video sesi temu bual bersama jurulatih pasukan bola sepak Melaka United, Zainal Abidin Hassan, telah tersalah menyebut nama pemain yang beraksi di padang, lantas telah mengundang kelucuan pada melihatnya.

Dollah telah tersalah sebut nama penjaga gawang gol pasukan Kelantan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek dengan menyebut panggilan Saiful Apek yang merupakan seorang pelawak terkenal.

Disini memang nampak kelebihan pada Saiful Apek, Saiful Apek menunjukkan aksi yang begitu baik, dalam menentang Selangor semi final yang lalu,” kata Zainal.

@naemzaimi Abang pun heran? 😅😂😅 #fyp #foryoupage #foryou #viral #kamisempoi #abangspek ♬ original sound – ᴬᴮᴬᴺᴳ𝐒𝐏𝐄𝐊🦅

Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang invididu bernama Naem Zaini di aplikasi Tik Tok apabila jurulatih tersebut telah di temu bual oleh pengulas sukan Hafizal Hamad, ketika perlawanan antara pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menentang pasukan Kelantan.

Lantaran itu, rata-rata telah mengundang rasa terhibur melihat jawapan yang diberikan oleh Zainal Abidin sewaktu sesi temu bual berkenaan.

Adoi pecah perut, yakin betul Saiful Apek

“Dia pernah menjadi juri sewaktu musim pertama Maharaja lawak, jadi terbiasa buat lawak rasanya

Tak apa yang penting, jurulatih sangat “confident”,” komen netizen.

Meskipun begitu, aksi perlawanan ini sudah lama berlalu, namun ia kembali hangat diperkatakan setelah ditularkan baru ini menerusi aplikasi Tik Tok.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  2  =