Sabah punya potensi besar tarik pelaburan – Muhyiddin

 Sabah punya potensi besar tarik pelaburan  – Muhyiddin

KOTA KINABALU, 21 Mac — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membincangkan sesuatu dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa 2 Kota Kinabalu sebaik tiba di sini hari ini. Muhyiddin tiba di sini untuk lawatan dua hari ke Sabah bermula hari ini. –fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

KOTA KINABALU, 22 Mac — Sabah mempunyai potensi yang amat besar untuk menarik pelaburan dari dalam dan luar negara berikutan kedudukannya yang strategik di rantau ini, selain mempunyai kekayaan sumber asli, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata iniĀ dapat dibuktikan antara lain dengan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar di Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia (BIMP-EAGA) yang berpotensi menarik pelaburan asing bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan taraf sosio-ekonomi rakyat di Sabah.

ā€œSaya difahamkan jumlah perdagangan di Sabah pada tahun 2020 mencecah sebanyak RM79.5 bilion iaitu nilai eksport sebanyak RM41.4 bilion dan import sebanyak RM38.1 bilion.

ā€œKelulusan pelaburan dalam sektor pengilangan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk Sabah pada 2020 ialah sebanyak RM11.95 bilion bagi melaksanakan 15 projek,” katanya ketika merasmikan Sesi Balai Rakyat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) akan terus bekerjasama erat dengan kerajaan Sabah demi memastikan ekosistem yang lengkap untuk menyokong pembangunan industriĀ seperti perkilangan dan pembuatan.

Pada masa sama, katanya Sabah turut berpotensi dalam pembangunan industri aeroangkasa selari dengan PelanĀ TindakanĀ Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.

ā€œSebagai contoh, Pejabat Penyelaras Industri AeroangkasaĀ Kebangsaan (NAICO) telah mencadangkan Kota Kinabalu sebagai kluster aeroangkasa dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

ā€œPelaburan ini mampu mewujudkan lebih 1,500 peluang pekerjaan untuk rakyat Sabah selain memberi impak positif kepada sektor lain di Sabah susulan peningkatan rantaian pelaburan,ā€Ā katanya.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

8  +    =  9