SA Johor buka 9 Januari, TAJ kekal operasi 2 Januari

 SA Johor buka 9 Januari, TAJ kekal operasi 2 Januari

Tosrin Jarvanthi

JOHOR BAHRU – Sesi persekolahan bagi sekolah agama di negeri ini ditangguhkan dan hanya bermula pada 9 Januari ini berbanding 2 Januari sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, sesi persekolahan bagi Tadika Agama Johor (TAJ) bagaimanapun dibenarkan beroperasi pada 2 Januari 2022.

“Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor bersetuju untuk menimbang guna tarikh baharu sesi persekolahan penggal ketiga bermula 9 Januari 2022 bersamaan 6 Jamadil Akhir 1443H.

“Ketetapan ini melibatkan semua institusi Pendidikan Islam Negeri Johor. Bagi TAJ, pengoperasian dibenarkan bermula 2 Januari 2022 bersamaan 28 Jamadil Awal 1443H,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin memaklumkan sesi persekolahan penggal ketiga ditetapkan bermula pada 2 Januari 2022 bagi sekolah Kumpulan A dan 3 Januari 2022 bagi Kumpulan B, namun ditangguhkan selama seminggu berikutan banjir besar yang melanda beberapa negeri di seluruh negara.

Ekoran itu, sesi persekolahan bagi sekolah Kumpulan A akan bermula pada 9 Januari 2022 manakala Kumpulan B pula pada 10 Januari 2022.

Namun, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan akan turut mengkaji kemungkinan penangguhan sekali lagi sesi persekolahan berkenaan kerana keadaan sekolah yang masih belum bersedia digunakan ekoran kerosakan teruk akibat banjir.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

34  −    =  32