• Thursday, 17 June 2021, 12:39 pm

Rusuhan malam raya di BP: Kertas siasatan sudah diserah

 Rusuhan malam raya di BP: Kertas siasatan sudah diserah

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 25 Mei – Kertas siasatan berhubung rusuhan ‘Kerajaan Gagal’ di Parit Raja, Batu Pahat pada malam Aidilfitri lalu sudah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak Timbalan Pendakwa Raya akan meneliti kes siasatan berkenaan sebelum memutuskan sama ada 27 suspek yang terlibat dengan rusuhan itu akan didakwa atau tidak.

“Suspek yang ditahan sebelum ini berkaitan kes rusuhan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan akta berkaitan pelanggaran pematuhan prosedur operasi standard (SOP) kerana berkumpul,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, di sini hari ini.

Pada 14 Mei lalu, 20 individu berumur antara 16 hingga 28 tahun ditahan polis kerana terlibat dalam perhimpunan, membakar suar dan menaikkan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ di Batu Pahat.

Semua suspek adalah penduduk setempat dan kejadian tersebut menjadi tular dalam media sosial.

Kemudian 18 Mei, polis menahan tujuh lagi individu bagi membantu siasatan rusuhan tersebut.

Beberapa pihak antaranya Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Muhammad Shamsuddin Paijan mendesak supaya dalang di sebalik rusuhan itu ditahan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *