Rumah panjang bagaikan `universiti’ etnik Rungus

 Rumah panjang bagaikan `universiti’ etnik Rungus

Etnik Rungus yang terkenal dengan tarian Mongigol dan Sumundai ditarikan di rumah panjang di Kudat. – Gambar ihsan etnik Rungus. Foto WMY/Mohd Azrone Sarabatin

SEPANGGAR, 20 Jun – Jika disebut rumah panjang, pasti ramai mengaitkannya dengan masyarakat pribumi Sarawak seperti Iban, Bidayuh serta Orang Ulu dan tidak ramai yang tahu kediaman itu turut menjadi identiti kaum Rungus di Matunggong dan Kudat, di utara Sabah.

Rumah panjang kaum Rungus dikenali `Vinatangmanakala setiap unit rumah yang membentuk kediaman itu dikenali `lalavang’. Sebuah rumah panjang boleh membentuk 14 hingga 20`lalavang.

`Vinatangatau rumah panjang adalah kebanggaan bagi suku kaum Rungus kerana ia menggambarkan ciri-ciri unik yang ada pada bangsa mereka, selain perpaduan dan semangat mempertahankan budaya.

Rumah panjang tradisi etnik Rungus di Kudat yang dibuat daripada buluh dan beratap daun nipah di Kudat. – Gambar ihsan etnik Rungus

Rumah panjang kebiasaannya sepanjang 90 meter yang kecenderungannya dibina di atas bukit atau di lereng bukit.

Ruang di bawah rumah panjang digunakan sebagai reban untuk memelihara binatang seperti ayam dan itik,juga kandang kerbau, lembu dan babi.

Lebih menarik bahagian bawah rumah unik itu juga berfungsi sebagai kubu untuk melindungi penghuninya daripada serangan musuh dan binatang buas pada zaman silam.

Di rumah panjang jugalah masyarakat Rungus belajar menenun manik dikenali `pinakoliaitu gubahan manikyang dipakai masyarakat itu sebagai aksesori pakaian tradisi mereka.

Bahagian dalam rumah panjang etnik Rungus di Kudat.- Gambar ihsan etnik Rungus

Gubahan manik Pinakol telah menjadi warisan turun temurun dalam kalangan masyarakat Rungus di Matunggong dan Kudat.

Kraf tangan etnik Rungus yang dikenali pinakol. – Gambar ihsan etnik Rungus

Pinakol menjadi pusaka turun temurun dalam keluarga Rungus di sebelah perempuan, iaitu, peninggalan ibu kepada anak perempuannya sekali gus menjadikan rumah panjang `universiti’ bagi masyarakat itu untuk mempelajari tenunan unik warisan nenek moyang mereka.

Pinakol terdiri daripada sepasang tali pinggang jenis selempang bermanik leper yang dikenakan melintang dada ke belakang.

Kraf tangan yang dianyam menggunakan pokok ribu-ribu atau paku pakis dikenali  `Rinagodalam bahasa Rungus yang menghasilkan gasing, bakul kecildikenali `tinompok dan `selapak juga di pelajar di rumah panjang.

Etnik Rungus yang terkenal dengan tarian Mongigol dan Sumundai juga mula diajar di `vinatang’.

Bagi pengusaha gong etnik, Darwin Kunama, 60, beliau mula belajar membuat gong daripada ayah dan bapa saudaranya juga di rumah panjang.

Katanya, daripada rumah panjang kemahiran itu diperluaskan ke bengkel milik keluarganya lebih 30 tahun lalu.

Berkata, keharmonian dan budaya saling membantu di rumah panjang amat penting untuk mengembang dan mempertahankan warisan seni kaumnya.

Masyarakat kami amat kuat mempertahankan kebudayaan dan dari rumah panjang, kraf tangan kaum kami dibawa terbang sehingga ke London menerusi World Travel Market (WTM) 2016 di Pavilion Malaysia, London,” katanya.

Produk kraftangan Rungus seperti pinakol dan rinago Produk mendapat sambutan hebat daripada pengunjung WTM London 2016. – Gambar ihsan Liaw Sin Kuang. 

Mengenai pantang larang di rumah panjang, Darwin berkata tiada siapa dibenarkan membuat gong dalam tempoh sebulan apabila berlaku kematian di sesebuah rumah panjang. Bagaimanapun, kini ia berkurangankepada 15 hari.

Katanya, bukan saja di rumah panjang keluarga simati, malah sekampung tidak boleh membuat  gong untuk menghormati kematian mengikut adat Rungus.

 “Bukan saja membuat gong, malah tidak bolehmemukul gong dalam tempoh 15 hari sehingga sebulan di semua rumah panjang dalam kampung.

Bagaimanapun, dibenarkan memalu gong jika si mati ada berwasiat supaya berbuat demikian untuk memperingati kematiannya,” katanya.

Mohd Azrone Sarabatin

Azrone@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  64  =  66