Rugi RM3.8 juta ditipu rakan FB

 Rugi RM3.8 juta ditipu rakan FB

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 15 Feb : Gara-gara terlalu percaya dengan tawaran geran bantuan AS$150,000 daripada kenalan Facebook, seorang warga emas diperdaya RM3.8 juta dalam tempoh tujuh bulan, tahun lalu.

Kejadian bermula apabila mangsa, 74, berkenalan dengan individu bernama Freddie Khoo dalam Facebook. Freddie Khoo kemudian menjanjikan geran bantuan sebanyak AS$150,000 kononnya dari Tabung Kewangan Antarabangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Johor, Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah berkata, mereka kemudian berhubung menerusi aplikasi WhatsApp dan mangsa diminta membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum mendapatkan geran bantuan tersebut.

Asisten Komisioner Mohd Salleh Abdullah

“Mangsa membuat pembayaran kali pertama berjumlah RM12,800. Kemudian suspek menaikkan jumlah bantuan geran kepada AS$900,000 supaya mangsa dapat membuat pembayaran lebih baik bagi mendapatkan geran tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut beliau, mangsa membuat pembayaran lagi selepas itu sehingga melibatkan 64 transaksi ke dalam 10 akaun bank sepanjang Julai hingga Disember tahun lalu yang  semuanya berjumlah lebih RM3.8 juta.

Bagaimanapun selepas itu, suspek memberitahu mangsa geran bantuan ditawarkan itu sudah ditamatkan dan perlu membuat permohonan semula.

Susulan itu, warga emas tersebut yang merasakan dirinya ditipu membuat laporan di Balai Polis Tampoi, di sini.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

85  +    =  89