Rugi RM28,600 ditipu ‘pegawai’ LHDN, polis

 Rugi RM28,600 ditipu ‘pegawai’ LHDN, polis
Oleh Nurman Nasyriq
JOHOR BAHRU, 5 Mac — Menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum menghubungi seorang wanita kakitangan kerajaan dan memberitahu terdapat tunggakan cukai perlu dijelaskan.
Selepas mangsa, 35, percaya dengan dakwaan mempunyai cukai pendapatan sebanyak RM16,000 itu, ‘pegawai’ LHDN itu menyambung panggilan kononnya ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Pahang.
Mangsa kemudian berurusan dengan seorang lelaki Melayu yang menyamar sebagai pegawai polis dengan memperkenalkan diri sebagai Asisten Superintenden Ismail.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, itu merupakan modus operandi yang digunakan sindiket penipuan Macau Scam untuk memperdaya dan mengugut mangsa dalam satu kejadian semalam.

Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid
“Suspek pada mulanya membuat panggilan menggunakan nombor +08795052222 dan menipu dengan mengatakan telah membuat semakan atas nama mangsa dan memaklumkan wanita itu terlibat dengan jenayah pengubahan wang haram dan kes dadah.
“Mangsa juga diminta lelaki berkenaan untuk menyerahkan kesemua jenis akaun bank milik mangsa beserta nombor pin keselamatan.
“Mangsa turut diarahkan pergi ke mesin pengeluaran wang berdekatan untuk memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun Maybank bagi tujuan semakan nombor siri wang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tanpa berfikir panjang, mangsa memindahkan wang sebanyak RM28,600 ke dalam akaun tersebut kira-kira jam 5.32 petang.
Katanya, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu setelah pulang ke rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Tampoi di sini pada jam 8.40 malam. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu katanya, polis mengingatkan orang ramai supaya membuat semakan terlebih dahulu dengan pihak berkuasa sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan kepada akaun bank individu yang tidak dikenali.
“Orang ramai juga diminta agar tidak mudah panik dan cemas sekiranya dihubungi individu tidak dikenali,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

53  +    =  57