Rugi RM186,923 mangsa pelaburan bitcoin tidak wujud

 Rugi RM186,923 mangsa pelaburan bitcoin tidak wujud

Gambar hiasan

KUANTAN, 26 Okt — Seorang peniaga kerugian sebanyak RM186,923 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan bitcoin tidak wujud.

Mangsa mula melabur pada Jun hingga Julai lalu dan telah memasukkan modal ke dalam 10 akaun peribadi antara RM2,100 hingga RM55,636.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa tertarik dengan pelaburan bitcoin selepas melihat akaun instagram suspek yang perkenalkan laman web http://h5.uniswapx3.com

Katanya, sepanjang mangsa terbabit dengan pelaburan berkenaan dia hanya sekali membuat pengeluaran sebanyak RM1,000 pada 5 Julai lalu.

“Pada hujung Julai lalu mangsa mengesyaki sesuatu yang pelik tentang pelaburan bitcoin berkenaan kerana semua modal yang mangsa laburkan dimasukkan ke dalam akaun peribadi yang diminta oleh suspek.

“Mangsa telah memberitahu suspek dia ingin membuat pengeluaran wang dan suspek memberitahu pengadu bahawa hanya selepas tiga bulan wang boleh dikeluarkan, Ogos lalu mangsa telah emelkan ke website diberikan bagi tujuan pengeluaran namun usaha berkenaan gagal.

“Mangsa juga turut berusaha dengan hubungi suspek namun panggilan tidak dijawab,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, mangsa semakin bimbang terutama apabila tidak boleh mengakses akaun bitcoin yang disediakan sebelum ini.

Mohd Wazir berkata, mangsa merasakan dia telah ditipu dan segera membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.

Dalam kes lain seorang wanita kerugian RM 4,240 selepas menjadi mangsa seorang lelaki yang menjual pokok keladi hiasan tidak wujud.

Mohd Fikri Mie

Fikri@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  3  =  2