Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Ruang fiskal bagi pandemik COVID-19 perlu dibina semula – BNM

Gabenor Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus
Gabenor Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata Kementerian Kewangan telah menunjukkan usaha sedang dijalankan untuk meningkatkan rangka kerja cukai,Ā mengurangkan ketirisanĀ serta memperluas dan mempelbagaikan asas pendapatan untuk mengurangkan kebergantungan negara kepada komoditi.
āSemua ini akan membantu memastikan kemampanan jangka panjang kedudukan fiskal Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan prestasi ekonomi suku keempat 2020 yang diadakan secara maya hari ini.
Beliau berkata kerajaan mempunyai fleksibiliti tambahan untuk meminjam jika sokongan seterusnyaĀ diperlukan untuk ekonomi.
āKerajaan turut melaksanakan langkah secara berhemat untuk menyokong ekonomi. Misalnya,Ā PERMAI (Pakej BantuanĀ Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia) yang diumumkan baru-baru ini, pakej bantuanĀ dijangka tidak menyebabkan defisit fiskal yang tinggi berikutan ia akan dibiayai melalui pengubahsuaian peruntukan dalam Belanjawan 2021,ā katanya.
Sementara itu, BNM menjangka penjejasan pinjaman kekal terurus semasa Perintah Kawalan Pergerakan kedua (PKPĀ 2.0) yang dilaksanakan pada JanuariĀ 2021, disokong oleh penampan bank yang kukuh.
Nor Shamsiah berkata impak daripada PKP 2.0 tidak begitu terukĀ berbanding padaĀ 2020 apabila bank-bank tempatan perlu menyesuaikan dengan risiko kredit yang tinggi dengan membina peruntukan untuk kerugian pinjaman yang meningkat lebih 40 peratus tahun ke tahun.
āKita telah menyaksikan banyak bankĀ telah membuat peruntukan terlebih dahulu berikutan mereka menjangka untuk mencatatkan kerugian pinjaman pada masa depan. Dengan mudah tunai yang mencukupi dalam sistem perbankan, bank berada di kedudukan yang baik untuk terus menyokong ekonomi,ā katanya.
Beliau menjawab soalan sama ada bank pusat menjangka pinjaman tidak berbayar dan penjejasanĀ pinjaman meningkat berikutan PKP pada 2020 dan sama ada pinjaman kepada perniagaan kecil dan individu semakin berisiko disebabkan pengangguran dan mereka yang bekerja.
Nor Shamsiah berkata BNM akan mengemas kini penilaian prospek risiko kredit yang akan dikeluarkanĀ dalam laporan Kajian Kestabilan Kewangan yang akan datang.
— BERNAMA