RTBA bimbang sindiket bertambah akibat larangan

 RTBA bimbang sindiket bertambah akibat larangan

KUALA LUMPUR, 29 Jan 2022 – Pelaksanaan undang-undang melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain terhadap generasi akan datang dibimbangi bakal mencetuskan peningkatan sindiket jenayah sekali gus membantutkan pembangunan sosio-ekonomi.

Kumpulan Advokasi Jenama Runcit dan Perdagangan Malaysia Chapter (RTBA Malaysia) yang melindungi perniagaan di rantau Asia-Pasifik daripada jenayah mengulas pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, di Geneva semalam mengenai rancangan kerajaan untuk mengharamkan aktiviti merokok.

Pengarah Urusan RTBA Malaysia, Datuk Fazli Nordin, berkata analisis pihaknya menyangkal tindakan Malaysia untuk melaksanakan pendekatan seperti New Zealand dalam mengharamkan produk rokok dan rokok elektronik (e-rokok) seperti vape.

“Hari ini, Malaysia berada pada carta, rokok terlarang tertinggi di dunia, iaitu 57.3% dalam pasaran.

“Ini menunjukkan kerajaan kehilangan RM5 bilion hasil cukai tidak dikutip setiap tahun. Bayangkan apakah tindakan pengharaman rokok dan produk vape secara langsung?,” katanya menerusi kenyataannya, di sini semalam.

Katanya, sindiket penjenayah akan memonopoli pasaran segmen bagi mereka yang lahir dari tahun 2005 dan seterusnya, tidak dapat membayangkan pengaruhnya terhadap senario sosio-ekonomi negara.

Bagi menyokong kajian pihaknya, Fazli turut mengetengahkan kajian kes baru-baru ini dengan menjelaskan bahawa Bhutan telah melancarkan pengharaman penjualan rokok serta menyekat merokok di kawasan awam pada tahun 2004.

“Hasil daripada larangan Bhutan itu, kegiatan penyeludupan rokok haram semakin giat mengakibatkan kes merokok kekal tinggi, dengan lebih ramai belia mengambil tabiat itu kerana rokok haram yang tidak terkawal mudah didapati,” katanya.

Bagaimanapun, beliau memberi contoh larangan wajar oleh Singapura secara terang-terangan terhadap rokok elektronik (e-rokok) seperti vape.

“Dengan larangan itu, Penguasa Sains Kesihatan (HAS) melaporkan terdapat 9,738 kes melibatkan pengimportan haram e-vaporiser dan 196 kes penjualan produk itu dari 2018 hingga 2020.

“Penguatkuasaan yang ketat serta undang-undang yang tegas dapat membendung produk haram daripada berleluasa di dalam pasarannya (Singapura),” katanya.

Mengulas lanjut, Fazli berkata, sebelum ini Malaysia masih boleh mempertimbangkan pengharaman rokok dan produk vape dalam pasaran, namun ia perlu membanteras rokok haram ke tahap yang rendah melalui pembaharuan eksais dan penguatkuasaan yang dipertingkatkan.

“Di New Zealand, (penjualan) rokok haram adalah di bawah 15 peratus selain melancarkan program berhenti merokok lanjutan daripada rangkuman e-rokok .

Bagaimanapun, katanya, ia masih tertakluk kepada dasar Penjanaan Akhir Tembakau, pelaksanaan inisiatif ini masih jauh ketinggalan yang akhirnya mungkin membawa negara tidak produktif dari segi kemajuan ekonomi ke arah matlamat negara Bebas Asap rokok 2025.

“Sejarah telah mengajar kita bahawa larangan seringkali membawa kepada kesan negatif,” katanya mengakhiri.

Wacana.my sebelum ini melaporkan, Khairy mengumumkan kerajaan bakal menguatkuasa undang-undang melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain (vape) kepada remaja.

Undang-undang terbabit dijangka akan digubal tahun ini bermatlamat membentuk generasi tidak merokok.

“Menerusi undang-undang ini semua penjualan tembakau dan produk rokok lain dilarang kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2005 (atau 17 tahun pada tahun 2022) dan Malaysia merasakan ia memberi impak besar dalam mencegah dan mengawal Penyakit Tidak Berjangkit (NCD),” katanya.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

66  −  64  =