Rosli ditular, rajin walau sebelah mata

 Rosli ditular, rajin walau sebelah mata

PETALING JAYA: Tular baru-baru ini di media sosial mengenai kisah seorang pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja di pusat mencuci kenderaan, Gombak, Kuala Lumpur.

Mohammed Rosli Asamari, 29, seorang yang kurang penglihatan menjadi tular kerana sikap kerajinannya ketika bekerja, walaupun kurang upaya namun tetap tangkas memberikan prestasi cemerlang.

Anak kembar kepada pasangan Maina Sayadi, 62, dan Asamari Sainal, 69 ini dilahirkan buta sebelah mata manakala sebelah lagi dengan kadar penglihatan yang amat terhad. Bagaimanapun, kembarnya dilahirkan normal.

Dia yang bekerja di pusat mencuci kenderaan ‘Mie Car Wash and Services’, diberikan tugas untuk fokus di bahagian mengilat tayar dan rim kenderaan.

Menurut Mohammed Rosli, dia berkata walaupun buta, tidak bermakna tidak mampu melakukan kerja yang perlu menggunakan penglihatan.

Meskipun dilahirkan kurang sempurna, dia masih bersemangat untuk mencari sumber rezeki untuk mencari menyara dirinya serta keluarga.

Berdasarkan pemerhatian, rata-rata pelanggan yang berkunjung di kedai berkenaan, berpuas hati dengan hasil kerja yang dilakukan kerana kemas dan teliti.

Izz Fizz

izz@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

86  −    =  76